"Tak nk,abah..."rengek Syakirin persis budak kecil.
"Nak ke...tak nk ke...abah tak peduli.Kali ni,Kirin kena ikut cakap abah!"abah bersuara keras.
"Tapi abah..."Syakirin cuba membantah.
"Tak ada tapi-tapi lagi.Ini keputusan abah!"abah memotong cakap-cakap Syakirin.
Syakirin terus terduduk apabila abah sudah membuat keputusan yang dia tidak rela langsung nk ikut.Boleh tak pada zaman orang sibuk pegang handphone 3G,orang sibuk main Facebook,Internet pun dah pakai broadband,abah boleh minta dia buat perkara zaman tuk kaduk.Kahwin atas dasar pilihan keluarga.Oh tidak...sungguh dia tidak rela.Tak sanggup!!!Walaupun calon suaminya itu adalah lelaki yang pernah terpahat di hatinya.
Syakirin percaya pada cinta.Kalau tidak ada cinta,masakan dia dan lelaki itu boleh hidup bersama.Tak mungkin!Sayang dari sebelah pihak bukannya boleh bawa ke mana.Lagipun dia balik ke sini sekadar untuk merehatkan mindanya sahaja.Dia sudah lama tidak bercuti di kampung.Tidak disangka pula ada yang datang membawa pinangan dari rumah,nun di seberang jalan.Dahlah dia ni calon tangkap muat.Terasa macam pemain simpanan la pulak!Walaupun abah tak cakap macam tu,dia bukan budak kecil yang langsung tak tahu apa-apa!
Hampir dua tahun cerita Zaim tidak jadi kahwin dengan Sofea berlalu.Alih-alih malam ni abah meminta persetujuan daripadanya untuk menerima Zaim sebagai suami.Padahal dari awal lagi abah sendiri sudah bersetuju.On behalf la konon!Minta tolong...bagi laluan...dia bukan kategori teringin hendak kahwin free.
"Mak..."Kirin cuba pula meraih simpati emaknya yang duduk di sebelah abah."Tolonglah...tak nk la main paksa-paksa macam ni."
"Abahnya,dahlah tu!Dah budak tu tak nk,buat apa nk dipaksa-paksa."emak cuba memainkan peranan.
Alhamdulillah...ada orang back up.Mendengarkan emak sudah berpihak kepadanya,laju aja kepala Syakirin mengangguk.Betullah apa kata mak,dah dia tak nak,buat apa nk dipaksa-paksa.Lagipun,takkan abah tak terfikir langsung perasaan anak orang depan rumah tu,nk ke kat dia ni.Dia memanglah ada sikit-sikit feel pada mamat tu...tapi mamat tu?Huh!Dahlah mereka berdua jauh panggang dari api.Satu kampung tahu yang mamat tu lulusan universiti luar negara.Dia ni pula,setakat sijil SPM tu ajalah yang dibawa kemana-mana.Salah dia juga,masa ada peluang nk belajar tinggi-tinggi,kononnya gayat.Pemalas sebenarnya!
Eh...tapi sikit-sikit feel tu,dulu-dulu aja tau.Lagipun bukan banyak-banyak.Itu pun masa zaman sekolah.Masa dah rasa diri tu akhil baligh,teringin sangatlah nak kenal apa makna cinta.Tapi rasanya masa tu pun,feel yang ada tu macam suka-suka gitu aja.Ala...budak-budak sekolah,kan memang suka simpan admire.Dia pun salah seorang daripadanya juga.
Perasaan admire tu pun dah lama hilang bilamana Zaim masuk asrama.Masa tu dia dapat tahu,Zaim ni dah mula pandai nak bercinta-cinta dengan Sofea,budak RPS (Raja Perempuan School) yang duduk dekat kampung Sri Kinta tu.Yalah...kena la terima kenyataan,budak STAR (Sekolah Tunku Abdul Rahman) memang matchinglah dengan budak RPS yang konon-kononnya 'Ratu Pilihan STAR'.Lepas tu,Zaim ke luar negara.Cinta hatinya pula melanjutkan pelajaran di Malaysia aja.
Ikutkan dia,mana pernah nk bawa perasan yang entah apa-apa tu sampai ke besar macam ni.Lagipun,dah besar ni,terjumpa pula dengan Megat Zakuan yang dirasakan seperti lelaki Melayu terkhir itu pada mulanya.Lelaki Melayu Terakhir ke?Lebih baik panggil lelaki hidung belang atau buaya darat jadian kat mamat sorang ni.Kenapalah dia dipertemukan dengan lelaki yang hampeh dan langsung tak boleh pakai itu?
Kes terpaksa terima Zaim ni,abah ingat macam dalam babak novel cinta ke?Kalau kahwin paksa pun,boleh hidup aman bahagia forever.Ini reality la,abah.Dia tak sanggup nk memperjudikan hidup sendiri sekalipun yang abah berkenan tu,Ahmad Zaim Haji Hamidi.Dia ada juga dengar-dengar cerita dari sumber yang boleh dipercayai,yang mengatakan begitu utuh sekali Zaim dan Sofea ini menyulam cinta.Tiba-tiba bilamana tarikh pernikahan dah dekat,pergi putuskan hubungan pulak.Apa kes?Tak semena-mena nama Nur Syakirin Abdul Majid yang kena gantikan tempat pengantin perempuan.Apa cerita ni?Ingat cerita dah habis sampai situ aja.Sebab memang dah 'berabad' dah kes ni berlaku.
"Awak diam!Abah tak kira,ya Nur Syakirin.Selama ini abah bagi kebebasan untuk Kirin berkawan dengan sesiapa sahaja yang Kirin nak.Tapi sampai sekarang,Kirin tetap tak ada siapa-siapa lagi.Kirin dengan Zaim bukannya tak pernah kenal.Dah berkawan sejak kecil lagi.Takkan Kirin tak kasihankan Mak Ton dan Pak Midi.Dia orang berhajat sangat nak buat Kirin jadi menantu.Mak Ton takut sangat kalau Zaim tak kahwin lepas budak perempuan tu buat dekat dia.Takkan tak boleh berkorban sikit Kirin!"hambur abah dalam satu nafas.
Syakirin memandang abahnya dengan muka tak puas hati.Sekarang abah nk cakap pasal pengorbanan.Tapi,kenapa dia yang dipilih?Takkan di kalangan saudara-mara terdekat Mak Ton dan Pak Midi,tak ada yang sanggup nk tolong.Takkanlah tak ada sorang pon yang rela berkorban?Kenapa mesti dia yang kena berkorban apa saja.Sudahlah perngorbanan itu pun termasuk berkorban body juga.Kut ya pun Mak Ton takut anak teruna dia jadi bujang lapuk,alasan itu langsung tak boleh pakai.Apa kene mengena Zaim jadi bujang lapuk dengan dirinya?Kenapa pula dia yang kena berkorban jadi isteri Zaim?Masuk akal ke nak kena buat semua benda tu?Lagipun,kalau dia masih tak ada siapa-siapa,itu bukan masalah besar padanya.Dah belum ada yang berkenan di hati lepas tragedi putus cinta dengan Megat Zakuan tu.Nak buat macam mana,dah nasib badan tersalah jumpa orang yang boleh dibuat jodoh.Nasib baik juga tahu cerita sebenar sebelum sempat hidup bersama.Kalau tak...tak dapek den nak nolong!
"Tapi,kenapa mesti Kirin,abah?"Syakirin bertanya sebak.Dia sedih apabila abah meninggikan suara padanya.
"Sebab Zaim yang pilih..."abah bersuara rendah.
Hah???Mulut Syakirin sudah ternganga luas.
0 comments:
Post a Comment