Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee pernah berpujangga ... sedangkan lidah lagi tergigit , inikan pula suami isteri . Itulah asam garam hidup berumah tangga , pahit manis pastinya akan terasa .
Pada Syakirin , Zaim bukan lelaki jahat . Zaim itu lelaki baik . Cuma perlu ada teknik mantap sahaja untuk menjinakkannya .
Pada Zaim , Syakirin itu okey juga . Cuma hatinya sahaja belum terbuka untuk menerima kehadiran wanita lain selepas peristiwa pengantin perempuannya hilang pada hari pernikahannya dua tahun dahulu .
Setebal mana tembok ego lelaki , pasti akan runtuh juga akhirnya apabila melihat haknya yang halal itu sudah indah berdiri di depan mata . Masakan dia mahu menolak . Dari rasa dingin , mereka dua mula membina mahligai bahagia bersama .
Disangka panas hingga ke petang , rupanya hujan di tengah hari . Datangnya Sofea dengan tiba-tiba mengganggu keharmonian rumah tangga yang dibina . Bila datang insan ketiga memang payah untuk meletakkan rasa percaya pada pasangan kerana wanita biasa pasti sahaja punya rasa marah bilamana haknya cuba dirampas oleh wanita lain .
Dalam kalut dengan kehadiran Sofea , muncul pula Johan Razi si hartawan yang hartanya tak habis makan menimbulkan cemburu di hati Zaim . Masakan dia tidak berperasaan begitu andai isterinya bukan main bermanis bahasa dengan duda beranak satu itu .
Antara Syakirin dan Zaim , mereka saling menuduh siapa yang curang . Mereka mula mencemburui sesama sendiri . Bila masing-masing 2X5 memang susah nak tentukan siapa salah siapa betul . Syakirin atau Zaim ? Memang cemburu tandanya sayang . Tapi terlebih cemburu juga boleh membawa padah ...
Saturday, 12 November 2011
2X5 prolog
Posted by Academic Star at 23:14
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment